Kelas & Pertandingan Mewarna Poster Merdeka_Softskill Pengetahuan Erti Kemerdekaan

26 Ogos 2023 | Aktiviti Terkini

25 Ogos 2023 – PEDi Linggi telah mengadakan Program Hari Kemerdekaan di Perpustakaan Desa Pengkalan Durian, Linggi pada pukul 4.30 petang. Aktiviti yang dijalankan adalah Kelas & Pertandingan Mewarna Poster Merdeka juga Softskill Pengetahuan Erti Kemerdekaan.

Seramai 12 orang peserta dari Sekolah Kebangsaan Linggi yang berumur di antara 7 hingga 9 tahun. Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk menanamkan semangat cinta akan negara melalui pertandingan mewarna serta mendidik peserta mengenai erti kemerdekaan dan mengasah kreativiti peserta.

Dari situ, peserta dapat merangsang kemahiran motor halus semasa mewarna dan membantu meningkatkan daya tumpuan mereka. Melalui aktivti ini juga, peserta boleh mengenali warna-warna yang terdapat di bendera Malaysia.

Hadiah disediakan untuk pemenang pertama hingga ketiga serta saguhati kepada peserta yang terlibat. Kelas ini telah tamat pada pukul 5.30 petang selama 1 jam.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali